Thursday 14 June 2012

Lumrah Dunia

Dalam menjalani kehidupan di dunia yang penuh dengan pancaroba, kesabaran adalah diperlukan bagi memberi kekuatan kepada diri bagi meneruskan lagi hidup. Dengan sikap manusia yang penuh dengan pelbagai ragam, akan menguji lagi tahap kesabaran kita dalam melayani kerenah mereka. Sama seperti yang Qu rasakan sepanjang hidup kat Bumi Sintok ni selama 3 tahun (2009-2012). Pelbagai jenis manusia yang Qu jumpa baik dari segi percakapan, perbuatan, and pelbagai lagi. Begitu juga dalam lumrah persahabatan, kalau tidak kena pada caranya, persahabatan tu akan hancur akibat daripada salah faham yang berlaku. Dalam persahabatan memerlukan banyak pengorbanan bukan sahaja dalam percintaan. Kalau dalam percintaan kita biasa dengar bahawa kalau kita sanggup berkorban apa saja untuk orang yang kita sayang itu bermakna dia adalah segala-galanya bagi kita sehinggakan ia boleh membutakan mata kita yang celik ini.

Pengorbanan itu adalah dalam segala-galanya selagi ia tidak  bertentangan dengan agama. Pengorbanan itu bisa membuat hati kita terluka. Namun pengorbanan itu juga bisa membuat hati kita menjadi senang. Pengorbanan yang mendapat penghargaan daripada orang yang kita sayang adalah lebih bahagia daripada pengorbanan yang tidak dihargai oleh orang yang kita sayang dan ia hanya satu pengorbanan yang sia-sia dan ia bisa membuatkan kita beralih arah serta membuat hati kita berubah. 

KASIH SAYANG.
Kasih dan sayang adalah merupakan dua perkataan yang dijadikan satu perkataan. Sekiranya KASIH tidak ada, maka SAYANG pun tidak akan wujud. Oleh itu, antara KASIH dan SAYANG adalah saling memerlukan. Maka barulah akan wujud CINTA antara kedua-duanya. Sama jugak dengan manusia. Sekiranya AYAH dan EMAK tidak bersatu, maka ANAK tidak akan wujud. Jadi MORALnya kat sini adalah HARGAILAH ORANG TUA KITA DAN HORMATILAH MEREKA. Hiasilah mereka dengan KASIH SAYANG, dan CINTA kan lah mereka dengan sepenuh hati kita. Gerenti hidup kita akan penuh dengan bunga-bunga KEBAHAGIAAN (",)








No comments:

Post a Comment