Saturday 26 May 2012

Maafkan Aku

adakah aku seorang teman yang baik?

adakah aku seorang kawan yang baik?

adakah aku seorang sahabat yang baik?

aku mungkin bukan seorang teman, kawan dan sahabat yang baik bagi kamu. Aku hanya manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan dan aku jua tidak sempurna.  Tapi sebagai teman, kawan, sahabat, aku berusaha untuk menjaga hati kamu, sentiasa cuba untuk ada disisi kamu tika senang dan susah, aku sentiasa berprasangka baik denganmu, aku sentiasa mengetepikan perasaan aku walaupun kadang2 ia mengguris perasaan aku, aku cuba untuk menjadi seorang teman, kawan dan sahabat yang terbaik bagi kamu.

Tapi...hari semakin hari ade kelainan yang aku rasa dalam hubungan persahabatan kita ni. Segala prasangka baik aku seakan hilang sedikit demi sedikit. Selama ni aku ingatkan aku dah jumpa teman sejati, sahabat sejati tapi aku silap. Teman sejati, sahabat sejati tidak ada di dunia ni. Teman dan sahabat sejati itu mungkin wujud, mungkin aku yang belum menemuinya lagi.

Bukan senang untuk berkawan dengan semua orang. Dengan sikap manusia yang pelbagai ragam. Dalam kehidupan ni, kesabaran adalah kunci bagi meneruskan hidup yang penuh dengan pancaroba ni. kalau xde kesabaran, hidup boleh jadi tak tentu arah. Tapi dalam alam kite berkawan ni, ia banyak mengajar kita erti hidup. Banyak pengalaman dan pengajaran yang kite akan dapat. Bukan niat untuk melukakan hati sape-sape tapi sekadar luahan hati.

Maafkan Aku Seandainya Aku Bukan Teman, Kawan Dan Sahabat Seperti Yang Engkau Harapkan.

No comments:

Post a Comment